Pelaksanaan Kaunter Fizikal PADU di PEDi Paya Jakas

18 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

17 Januari 2024, Rabu – Pelaksanaan pendaftaran dan pengemaskinian portal PADU di PEDi Paya Jakas telah diadakan bermula 2 Januari 2024 hingga 5 Januari 2024 pada hari isnin-jumaat bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Kaunter fizikal di PEDi Paya Jakas akan diteruskan pada minggu hadapan iaitu pada 8 Januari 2024 hingga 12 Januari 2024. Seperti yang diwar-warkan kepada rakyat tempoh pengisian maklumat PADU ini adalah dibuka sehingga 31 Mac 2024.

Bagi memastikan pelaksanaan PADU di PEDi berjalan dengan lancar, peranan PEDi adalah menyediakan keperluan atau fasiliti untuk kegunaan kaunter fizikal PADU selain berfungsi sebagai lokasi dan tempat strategik kepada rakyat untuk mengemaskini maklumat peribadi di portal PADU, permudahcara/One Stop Center kepada rakyat setempat.

Seramai 2 orang wakil pegawai DOSM Negeri telah ditempatkan disetiap PEDi yang terpilih dalam gerak kerja perlaksanaan PADU untuk memastikan rakyat dapat mengemaskini maklumat dengan cara yang betul. Komuniti setempat yang mengalami masalah dan memerlukan bantuan untuk mengisi PADU boleh hadir ke kaunter fizikal PADU di PEDi yang terpilih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali